welcome to my life

just read my blog . thank you .

Sunday, September 2, 2012

syawal story ~~

assalamualaikum .
apa kabo semua sahabat ?
harap sihat lah . aku kat sini alhamdulillah masih dalam lindungan tuhan .
cerita apa hari ni ? ermm , aku nak cerita sal bulan syawal . dalam bulan yang mulia ni , banyak sangat kejadian yang berlaku dalam diri aku dan keluarga aku . entah lah nak mulakan cam mane .
dalam bulan ni , aku terasa kehilangan seseorang , orang yang aku mula sayang . mesty korang tau kan sape ? ofcoz lah Capital F aku . sekarang , dia dah menjauh kodd dari aku . tapi aku paham , sebab bukan salah dia . rindu ? mestilah rindu kat dia . dan aku harap dia akan text aku . minggu ni , ntah lah . bosan kodd , dalam kelas bosan , kat dorm bosan kat sume tempat bosan . tak tau lah kat mane tak bosan bagi aku ni . maybe kat umah . HAHA . dalam minggu ni banyak sangat cerita sedih berlaku pada diri aku .

30 ogos 2012 ~~ jam 12.39 am

ma : assalamualaikum . awak kat mane tu asila ?
me : wasalam . ade kat bilik lah ma , knape ?
ma: takde lah . ma saje je tepon ni . awak buat ape sampai tgahmalam tak tido ?
me: buat assigment lah . banyak gila kodd nak kena siapkan .
ma: saja ma nak gitau . awak jaga diri , along kena santau ~ sian along .
me: haaaaaa~ betul kew ma ? camne ma tau ? ma bawak along g klinik syifa kew ?
ma: haah , ma bawak petang tadi . masa ustaz tu bace ayat , along muntah kuar pasir , rambut , kaca dan macam macam lah .
me: yeke ? camne along sekarang ? okay dah kew ?
ma: okay lah dari dulu . awak pun jage lah diri . risau jugak ma kat awak , awak pun mangse keadaan jugak . tapi insyaallah takde pape yang berlaku . ma sentiase doakan awak okay kat sane . nanty ma hantar ubat kat awak ok .
me: okay lah , insyaallah orang okay kodd kat sini .


terkejutkan ? kakak sulung aku disantau sejak umur 21 tahun , dah lama sangat . naseb baik dia okay . patotlah selama ni dia cam benci kami . padahal kami sayang sangat kat along . then , aku dapat tahu yang aku juga terkena terpias santau tu . lelaki yang aku sayang akan pergi jauh dari aku . apa pendapat korang ? sedih kan ? aku sedih gila kodd bila aku kehilangan faiz . aku mengaku yang aku series sayangkan faiz , tapi dia dah pergi jauh dari aku . dia tak pernah rasa ke yang aku sayangkan dia ? ataupun dia bute ?
ya allah , jauhkan aku dari perbuatan jahat orang . aku taknak hidup dalam keadaan camni , aku nak family aku sihat sihat . aku nak jugak merasa kasih sayang seorang lelaki . aku nak hidup dalam kasih sayang . bukan dendam . sekarang , aku rasa sunyi sangat . aku rasa cam dah takde orang sayang aku , dan aku tak patut dapat kasih sayang dari seorang lelaki ,

kat sini , ade sorang mamat ni , dia selalu bagi nasihat kat aku , tapi dia pun dah semakin menjauh dari aku . aku rasa sedih sangat . aku tak kesah tapi aku harap diorang takkan pernah dendam dengan aku . mamat tu aku tak dapat jangke hati dia , dia bagaikan talam dua muka . dia pun cam playboy . ntah lah , aku malas nak menilai dia . biarkan dia hidup di dunia dia sendiri .

yang aku tau sekarang , aku nak lupakan laki sekejap sebab aku tau , aku tak kan dapat orang yang aku sayang disebabkan keluargaku disantau oleh seseorang . final exam ? aku akan buat yang terbaek kodd .

dearfaiz ,
semoga awak bhagia . kalau rasa tak cihat makan ubat tau , ingat pesan saya keh , saya sayang awak . thanks sebab selama niy buat saya happy dan gembira . terima kasih sebab teman saya bile saya sunyi . saya harap awak akan hargai kasih sayang saya pada awak . sejujurnya , tiada lelaki lain dalam hati saya melainkan awak FAIZ . saya sayang awak kerana allah . bukan kerana nafsu semata mata . saya ingat kata kata awak , hadiah bukan boleh buat kebahagian  tapi kasih sayang yang mampu bagi kebahagian . saya setuju sangat faiz . semoga tuhan sentiasa lindungi awak .




assalamualaikum .

Wednesday, August 22, 2012

RAYA ~ RAYA 2012 !

assalamualaikum ~
SELAMAT HARI RAYA 2012 ~
hows your raya ? mesti seronok kan ? banyak tak dapat duet raya ? tak mau share kew ? HEHE .
bagi aku , tahun ni tak rasa langsung suasana raya . tak tau lah sebab ape . mungkin sebab aku dah besar . dah tak boleh nak buat rombongan pergi beraya . HEHE . btw , baju raya aku tahun ni warne pink . KORANG ? mesti baju raya korang semua cantik cantik kan ?jeles lah . actually , aku nak baju raya warna merah . sebab nak sama dengan sorang mamat ni . tapi , tak kesampaian sebab maa aku dah beli warne pink . nak tak nak aku kne redo . sedih gak mule mule . pagi raya , aku bangun pukul 10 pagi . semayang raya pun aku tak pergi . lepas bangun aku terus mandi then pakai bju raya . WARNE PINK ! lepas sume siap , kami bersalam dengan parents then terus balik kampung aku yang terlalu jauh tu . siyes aku kabo , pagi raya aku dah rindu KUIS . HEHE . tak tau lah apa nak jadi dengan aku ni . orang sepatotnya rindu umah , tapi aku rindu kampus ,sebenarnya aku rindu tuttt ~~~ jeng , jeng , jeng :P tak payah tahu lah . tak penting . tapi kat sini pun aku ade sorang kekasih hati . CAPITAL S name dia . HEHE . nanty aku tunjuk gambar dia k .memang dia tak nsem sngat yang penting aku sayang dia . KERANA ALLAH SWT . hahh ~ ni lah aku di pagi raya :)))



korang nak tau tak ? tudung yang aku pakai tu sebenarnya serban ayah aku , HEHE . bgus tak ?
anak solehah . ngee ~ aku pakai baju ni tak sampai satu hari . lepas tu terus cabut . MALU LAH ~~
\
ni mashina . comeyy kan dia ? aku teringin nak cantik cam dia . tapi dalam mimpi jelah . HEHE .


korang korang ~ yang baju merah tu lah kekasih hati aku , HEHE . biarpun dia tak tau kita sayang dia tapi kita nak dia tau yang kita akan sayang dia kerana allah . dia baik sangat tau . allah turunkan dia untuk kita lepas perginya syafiq yusoff kite . apa pendapat korang tentang dia ? sila bagi komen keh ~ kita mula sayangkan dia sejak first time kita suruh dia call kita . kita mmg lawak . kita suka dia . kita harap dia tak kan pernah benci kite . https://www.facebook.com/syed.faiz.777 . ni lah dia orang nya . syuhh ~ jangan gtau dia tau . HEHE .


nilah aku ni second day ~ bersama adek tersayang , nordiyana zaidi . miss sangat kat dia . harap dia cemerlang PMR . dia ngah trial PMR sekarang . doakan dia tau . 



third day lak . si bunga cantik dua orang ni datang berAYa kat umah aku . dah lamu kodd tak jumpe diaorang sume . mmg rindu sangat lah , tapi mereka bukan berdua , tapi bersepuluh . HEHE . ni lah NURHUDA dan NURHAYATI . sempat lagi kan diaornag pose kat umah aku , HEHE . bersama mereka ade alif , azizi , zizan , n ramai lagi . tak lupa jugak kekasih hati aku tu . dia pun ade tau . pakai bju kuning lak tuh . sayang gila dia . seronok dapat jumpe dia semalam ,

ini lah mereka mereka yang terlampau happy ~~~



















haha ~ comey kan mereka semua ? aku cemburu . HEHE . aku harap one day aku pun akan jadi cam diaorang semua . hah ~ last2 . ni lagi sorang kawan aku yang terlalu happy dalam beraya .


abang kesayangan DSPI . https://www.facebook.com/auzai.ahsan . hensem hensem . cam farid kamil gitu . HAHA . sebenarnya aku jeles ngn dia sebab bju raya dia warne merah , geram nak koyakkan baju dia . jahatkan aku ? HAHA . selamat hari raya abang , jangan marah tau ~~ sila gurau gurau je ni . ngee ~


then lastly , aku nak ucapkan selamat hari raya untuk semua follower blogger ni . semoga maafkan segala salah dan silap kita tau ~~ sayang korang semua .


hehe ~ babai semua ~

Thursday, August 16, 2012

menjelang HARi RAYA AIDILFITRI :)

assalamualaikum semua .

dah sebulan kita berpuasa , sekarang hanya tinggal berapa hari aje lagi nak raya . mesti korang semua happy kan ? kita patot bersyukur sebab masih bernafas pada hari ini . ALHAMDULILLAH .dan aku juga gembira sangad bila dapat tahu keadaan kelas aku semakin membaik . dan aku berharap lepas ni tak ada lagi masalah antara kami .
sekarang , aku gembira dengan suasana sekarang . aku nak terus macam ni . kami bagaikan satu keluarga .









dan aku nak ucapkan tahniah pada kawan baik aku NURUL NADIAH sebab dah bersatu dengan HAZALIF HAZANI . bila tengok dia happy , aku pun happy . sekarang aku tengah tggu giliran nadzratul dan ayu pulak .aku ? HAHA . biarlah tuhan je yang tahu siapakah dalam hati aku sekarang . maybe from DSPI . HEHE . dah dah . buat masa sekarang aku nak belajar dulu . lupakan dulu pasal ni . aku percaya pada jodoh . andaikan jodoh aku dengan dia tak kemana kan ?biarlah aku pendam dulu perasaan ni sebab aku tak nak kecewa bila aku tahu dia suka kat orang lain . betul tak ?
sekarang aku tahu yang dia dah ada makwe . tapi kite kne tetap cool .tuhan akan sentiasa lindungi kita .

aku baru habis MIDTERM . aku sedih sebab tak dapat buat yang terbaik dalam MIDTERM ni .aku janji dengan diri aku yang aku akan buat yang terbaik dalam FINAL nanti . INSYAALLAH , sebab aku kan ada dia untuk sentiasa bagi aku semangat . semangat dari dia amat penting dalam diri aku selain dorongan dari parents aku . cuma semenjak dua tiga menjak ni , aku rasa macam dia marahkan aku , sebab dia macam tak pedulikan aku . aku cuma nak dia berjaya jugak . aku nak tengok sangad dia gembira macam nadiah dan hazalif .

walaupun suka dalam diam tapi aku rasa gembira sebab aku berjaya sukakan lelaki . i mean , saya dah boleh terima semula lelaki dalam hati selepas perginya SYAFIQ YUSOFF . ALHAMDULILLAH .aku rasa lega sangat , dan lepas dari ni aku janji tak kan buat perkara bodoh lagi . aku akan buat sesuatu pakai otak . bukan pakai kepala lutut ,

untuk ucapan raya :

aku nak mintak maaf kepada semua orang kalau ade TERkasar bahasa dengan korang . aku bukan insan yang sempurna . tapi aku hanya insan yang perlukan kemaafan dari korang semua terutamanya dari abang kesayangan aku di KUIS (AUZAI AHSAN BIN ZAMRI). aku banyak buat salah dengan dia . aku harap sangat dia dapat maafkan aku .


then , ucapan maaf juga untuk geng aku yang tersyang NADIAH < NADZRATUL < AYU SYUHADAH sebab banyak buat korang terasa dan buat korang marah kita , kita sayang korang sangat tau , kita sumpah yang kita rasa sunyi takda korang . kenangan antara kita manis sangad . maafkan kita k .



ingat tau korang , asila sayang korang sangat , asila nak terus bersama korang .then aku jugak nak mintak maaf dengan ATIQAH FASIHAH sebab aku dia dah jadi mangsa pergaduhan , maafkan kita tau tiqah . kita janji tak kan buat cam tu lagi . kita menyesal sangat2 . kita suka sangat dapat kenal tiqah dan kawan yang lain . korang telah ceriakan hidup kita yang gelap ni .


dan untuk semua kelas DSPI , tolong lah maafkan kesalahan kita tau . kita amat sayangkan kelas ni , MAJUKAN DSPI DEMI KUIS , hehe .


dan untuk CAPITAL A , kita sayang awak sangat , kita harap awak pun sayang kita . kita sentiasa doakan awak ,

BABAI < SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI <

Tuesday, July 24, 2012

kehidupan di university :)

assalamualaikum semua .
sekaramg , aku dah hidup sebagai seorang student university . seronok ? boleh lah . sekadar nak gembirakan hati parents tercinta . aku diberi macam dugaan bi;a duduk kat sini . tapi , dugaan tu dah banyak mengajar aku untuk terus menjadi muslimah sejati ,

kat sini , aku ade ramai sangad kawan rapat . aku kenalkan pada korang ye .


ni adalah kawan baik aku kat sini . NADIAH . dia seorang yang sangat bersemangat . dah lah comeyy , bek lak tu .

ni pulak AYU . dia seorang yang lembut sangat , hati pun baik . aku sayang diaorang sangat . tapi maaf , aku tak dapat nak cari gambar sorang lagi kawan bek aku NADZRATUL . HEHE , dia tu fotogenik cam aku tau . aku suka kawan dengan dioramh sume . aku dah anggap diaorang cam adek bradek dah . bila berpisah ngn diaorang , aku rase sedih sangat . hati aku sunyi sangat .


HEHE , jeng , jeng , jeng . ni lah classmate aku tercinta . class yang paling happy kat sini . iaitu kelas DIPLOMA SYARIAH PERUNDANGAN ISLAM . senang cakap , semua bakal lawyer , untungkan ? doakan aku akan menjadi seorang lawyer , amin .

tapi aku rasa aku tak layak untuk jadi classmate diaorang tau . aku tak cukup baik untuk diaorang . aku sayang kelas ni sama cam aku sayang kelas 5 assayuthi dulu . tapi tu kesah lame . sekarang , aku hidup di university . bukan budak sekolah lagi . aku bahagia ngn geng aku kat sini . HAHH , aku ade ramai lagi kawan kacip tau , IDA , JIA , ECHAH , KEM , BASYIRAH dan ramai sangad kodd . homemates aku pun spoting gila .tak nyesal aku ikot cakap mak ngn ayah aku , betul cakap korang . KATA KATA IBUBAPA SEMEMANGNYE BETUL . aku harap aku akn terus kekal di redhai ALLAH yang satu , aku nak berubah sangadd2 . tapi aku perlukan sokongan daripada geng2 aku ,

mereka adalah segalanya untuk aku kat sini , aku harap perhubungan kami semua tak kan pernah terputus . aku suka kawan ngn diaorang sebab diorang dah ajar aku untuk terus berubah dari buruk ke baik , aku yakin mereka kawan yang terbaik untuk aku ,


hasrat hati aku untuk berubah sangat kuat , alhamdulillah . sekarang aku dah mula melakukan perkara sunat yang boleh membuatkan hati aku tenang . allah sentiasa ada di sisi orang yang mengingatinya ,

sal syafiq ? aku dah mula lupakan dia , aku nak hidup tanpa dia di sini . aku cuma doakan dia akan sentiasa bahagia ngn aqhibah , kat sini , aku dah ada peganti dia . seseorang yang membuatkan aku rasa bahagia bila kat sini . sape ? biarlah rahsia , hanya aku dan allah saja tau , cam biasa , kebahagiaan aku hanya terletak pada orang yang aku sayang . thanks awak sebab hadir dalam hidup saya . sejujurnya , saya sentiasa doakan agar awak sedar yang saya sayang pda awak , biarpun aku tau diri aku tak secantik kawan aku yang lain , tapi aku yakin allah akan makbulkan doa hamba dia , kan ?

by the way , aku harap one day , ada orang akan memberi dorongan untuk aku memakai NIQAB . aku teringin sangat nak pakai niqab. dan aku nak sokongan dari orang yang aku sayang . syafiq yusoff adalah masa silam aku . aku akan cuba untuk lupakan dia dari hidup aku .tipu lah kalau aku cakap aku dah tak cintakan dia , aku tetap cinta dia , tapi hati aku bukan untuk dia dan dia bukan jodoh dari allah untuk aku .

buat masa sekarang , fokus aku hanya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi ., aku nak lebih bersemangat dalam belajar . aku nak kuat dan tak nak hampakan ibubapa aku lagi . aku percaya pada jodoh aku , kehidupan kat sini jugak dah mengajar aku berfikiran lebih matang . aku dah tak nak jadi cam budak budak kecik , sebab aku merasa dah sampai masa aku menjadi seorang wanita . bukan perempuan lagi . nasihat dari si dia dah banyak buat aku terpikir untuk tidak berbuat dosa yang besar , aku janji dgn dia dan sahabat karib aku yang aku akan cuba untuk sentiasa melakukan kebaikan ,

biarpun kami baru kenal tapi perasaan sayang aku pada DSPI group macam aku kenal dia dah lebih dari 5 tahun . aku bangge dan bahagia kenal orang . aku nak sebut nama korang kat sini .

ATIQAH , HAJAR , HANIS , AINA MIZA , NADHIRAH , FARHANA , NAJIHAH , KAK YATI , ADILA , AMANI , NADIAH , AYU DAN NADZ ,


HAZALIF . MUSLIM , AFIQH , SAFWAN , AMMAR , NAZEEF , ZAFEEQ , IKHWAN , MUIZ , MUSAIYAR , AUZAI , KAMAL HASAN . 


mereka semua adalah permata hati aku , aku sayang korang sangat , aku mohon agar korang jangan pernah lupakan aku biarpun aku dah hilang dimuka bumi ni . sekian saja . terima kasih kerana sudi baca . assalamualaikum :)

Tuesday, June 12, 2012

HAPPY BIRTHDAY 18 YEARS OLD :)

ASSALAMUALAIKUM .

   dah hampir 4 bulan aku tak updated blogger ni . aku betul betul takde mood :( . today is my birthday :)  ramai sangat kawan kawan fb aku wishes . happy + sedih sebab aku tak dapat satu mesej pun dari kawan kawan aku . adakah diorang lupa hari ni birthday aku ? takpe . mungkin diorang sibuk , aku cuba untuk paham mereka :) . tahun lepas , birthday aku yang  paling best seumur hidup aku . aku dapat menyambut dengan semua kawan kawan aku yang amat aku sayangi . aku dapat hadiah dari ramai orang . ermm . tahun ni ? aku kesunyian . tapi aku tak kesah , yang penting aku kena kuat .takde apa yang nak cerita dalam blog ni . yang aku tahu tahun ni , birthday aku yang paling sunyi . even dari DIA pun aku tak dapat wishes :( . aku tahu yang dia dah lupakan aku dan mungkin bencikan aku . sekarang , dia dah menyayangi orang lainn . takpe . aku tak kesah . aku paham  apa yang dia rase . pengorbanan amat penting  untuk tengok orang yang kita sayang bahagia . aku pun pernah buat gitu . sebab tu aku paham sangat dia .

   sejujurnya , memang aku tuggu ucapan tu dari dia . tapi tak juga sampai . sedih ? HAHA . yang teramat . aku menangis sebab aku rasa diri aku memang dah takde nilai dalam hidup dia . yee . aku sedar sapa aku sekarang , aku tak  layak orang yang macam dia tu . aku tak mengharapkan hadiah pun . kadang kadang aku terasa nak pergi jauh dari hidup dia . tapi aku tak mampu . lepas pada ni , aku berjanji akan nelajar bersungguh sungguh untuk menjadi  seorang lawyer yang terkenal . aku nak bahagiakan ma ngan abah aku pulak :) dia cinta pertma dan terakhir aku , dan aku janji akan sentiasa simpan dia di hati aku . ya allah , kuatkan aku untuk hadapi semua ni :( aku hanya bersemangat jika dapat semangat daripada dia . by the way , thanks pada kawan kawan yang wish . ILYSM . aku janji akan ubah diri aku menjadi seorng muslimah sejati . AMINN . :)

Saturday, March 31, 2012

31 mac 2012

assalamualaikum ~

hai hai ~ apa kabar semua ? saya kat sini alhamdulillah sihat walafiat ~ ermm ~ pejam celik pejam celik result SPM dah pun candidates SPM 2011 terima ~ aku dapat capai target aku . syukur sangat sangat . bila aku dapat result , aku rasa cam nak balik rumah terus sebab terlalu excited ~ untuk pengetahuan semua , aku amik 9 subjek semua sekali .

BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS , SEJARAH , SAINS , PENDIDIKAN ALQURAN SUNNAH , PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH , BAHASA ARAB TIGGI , MATEMATIK dan EKONOMI ASAS ~

aku cemerlang semua dari subjek tersebut . CONGRATULATION aku ucapkan kepada kawan kawan aku yang mendapat straight A . kamu amat bijak ! sekarang , aku ngah pening nak pilih IPTA or IPTS . ma suruh amik IPTS . aku just ikut je cakap ma ~ dan aku memilih KOLEJ ISLAM ANTARAbANGSA ~ harap aku berjaya di sana ~ AMINNN ..


lama dah tak story kat blog ni ~ selama ni busy sangat sampai tak sempat nak update BLOGGER ~ so arini aku ambik keesempatan untuk update blog ni ~ macam cerita ada ~ sedih ada , gembira ada , lawak pun ada ~ HEHE ! aku mulakan dengan cerita gembirra dulu okeh ~

GEMBIRA --->

selepas aku dapat result SPM , parents aku terus benarkan untuk aku berhenti STAM~ alhamdulillah ~ then now , aku adalah menanam anggur yang terkenal  > penganggur < HAHA ! duk umah bosan jugak ~ so aku amik keputusan untuk kerja ~ sekarang aku dah dapat kerja . kerja apa ? HAHA ! aku cuma kerja kat taska je ~ kerja jaga budak budak , aku kan suka budak budak , INSYAALLAH aku akan kerja dengan baek . then aku terkejut bila aku dapat tahu yang aku satu teempat kerja dengan kawan baru aku tu ~ apa apa pun aku kerja bukan sebab kawan tapi sebab nak cari pengalaman ~ barpun gaji RM600 sebulan tapi syukur lah dapat juga merasa pegang duit banyak banyak . HAHA !

SEDIH --->

tadi aku dengan adik pergi kedai topup sebab nak beli sim card prospaid broadband aku ~ aku sedih sebab IC aku rosak dan tak leh guna untuk beli simcard baru ~ tak dapat lah aku online mase kat IM15 nanti ~ adoii ~ lemah ~ lepas tu mase dah nak balik tu , tetiba nampak CAPITAL S kat kedai topup tu , tetiba ati aku rasa sedih gila ~ kenapa perlu tuhan temukan aku dengan dia ? aku tak sanggup ! kenapa aku sayang sangat kat dia ? ermm ~ YA ALLAH , aku mohon , aku mahu lupakan dia . baagi aku . dia sangat sangat bermakna dalam hati aku . aku sayang sangat sangat CAPITAL S . aku dah cuba nak mengelak dari dia , tapi aku tetap jumpa dia . macam tu jugak 5 tahun lepas ~ aku nak isi minyak motor pun suruh orang sebab aku memang lemah dengan muka dia ~ ramai orang cakap , cinta aku memang sejati . tapi mungkin bukan jodoh aku dengan dia . walau apa apa pun berlaku ~ aku tetap cinta dia ~ sekarang aku tak leh ganggu dia tapi aku tetap ganggu dia , sebab aku rindu sangat sangat kat dia ~ andai dia tahu aku terlalu rindukan dia ~


HAHAHA ! dah habis dah ~ aku nak pergi makan ni ~ bye semua ~







Monday, March 12, 2012

kedah darul aman

assalamualaikum sahabat *lambailambai*

apa kabo ? aku kat sini alhamdulillah  masih dapat melihat keindahan bumi ciptaan allah SWT nie .
aku baru balik dari kedah , rumah mak sedara . aku rasa cam aku dah jadi orang kedah kot , asal cuti mesti pergi kedah . BTW kat sana best sangat , tenang gila . tiap-tiap pagi aku pergi kat bendang sawah padi . motif utama aku sampai kedah sebenarnya ada kenduri kahwin . sepupu aku kahwin atau aku panggil dia 'alang' . tema  warna oren biru tapi aku pakai hijau . sesat kan ? HAHA ! aku tak kesah pun . yang penting weeding tu best cangat . aku dapat merapatkan diri dengan sepupu yang lama terpisah . antaranya mieza , husna , asma , sufian , hanifah , ilah , ngn dayah . seronok . aku bertolak ke kedah ari sabtu pukul 8 pagi then sampai kedah pukul 6 petang . seharian duduk dalam kereta . naik pitam dah aku . sampai jew kedah , aku terus lari-lari nak salam dengan mak long dan ayahlong , mak su dan ayahsu . lama dah tak jumpa diaorg . then , aku dikelilingi anak sedara aku , tak sangka , kat sini aku digelar "achik" . 'nak salam achk , nak salam achik' HAHA ! itu ayat pertma aku dengar masa sampai sana , seronok . merasa jugak aku nak anak sedara biarpun hnya kat kedah . kat sana aku ada lebih kurang 8 orang anak sedara . ramai jugak lah . seharian aku pusing-pusing pendang . aku jalan-jalan dengan mieza . mieza tu dah lah cantik , baek pulak tuh . 

malam tu pulak , aku teman dayah dengan mieza siapkan kerja kursus sejarah diaorang . diaorang pergi intiview sorang mamat kacak nih , nama dia muhaimin shaarani . HAHA ! boleh tahan lah . muda plus kaya pulak tu , baru umur 21 tahun dah ada kilang sendiri . HAHA ! bukan itu topik yang aku nak cakap sebenarnya , malam tu aku dengan mieza jalan-jalan lagi , pastu kami lapar , kat sana kami tak tido umah maklong tapi kami tido kat umah abglong , umah dia belakang umah maklong . lebih kurang 300 meter kot , kena lalu lorong gelap pula tu. takot gila ~ aku dengan mieza pergi umah maklong dalam pkol 12 malam sebab lapar , terpaksa lah lalu lorong gelap tu . bila sampai sana , tengok pakde dengan anak-anak dia baru sampai . aku pun salam lah dengan dia . lepas makan ,aku dengan mieza cepat-cepat balik umah sebab takut .malam tu memang kami tido lewat sebab excited dapat jalan-jalan .

masa hari kenduri , aku dengan mieza banyak gila snap gambar , HAHA ! snap gambar  adalah hobi aku . dulu aku memang tak minat bergambar tapi sekarang minat gila-gila . aku bergambar dengan ramai orang . then , aku dengan mieza makan sampai tiga kali tau , sebab penat bergambar  HAHA ! hari tu memang penat gila-gila . biarpun aku tak buat kerja tapi aku terasa penat . penat berjalan , ermm ~ sayang betul aku tak dapat duduk lama kat kedah , suasana kat sana memang tenang . petang tu , lepas tukar baju , pakde bawak kami jalan-jalan kat situ , tetiba aku teringat kat CAPITAL S . ermm~maybe aku terlalu rindu dia kot . HAHA ! cam bodoh jew , aku je ingat dia padahal dia tak ingat aku pun , tak kisah , hati masing-masing berbeza . aku tahu dia tengah bahagia sangat , nak tau tak , mase aku pergi kat pekan rabu , aku ade beli something untuk dia tau , something yang kaca , then aku tulis "HAPPY BIRTHDAY , MAY ALLAH BLESS YOU,4 MAC 2012 ." aku tak tau nak bagi ke tak kat dia . 

hari ketiga aku kat sana , aku dah nak balik pahang , sedih gila tau , kena pisah dengan ank sedara dan sepupu .tapi terpaksa jugak balik . OTW balik tu abah bawah pergi pulau pinang , best gila duk sana , first time aku sampai pulau pinang , aku dapat tengok kapal cruise . teringin nak naek tapi aku tak mampu nak naek kapal mewah cam tu . one day aku akan naik jugak cruise tu , ermm ~ dah lahh kawan-kawan . aku nak rehat , seharian berjalan , sekarang masa rehat pulak . bye , assalamualaikum ~


















masa hari terakhir di kedah :(